Raphael Varane mengatakan corak permainan menekan Chelsea terbukti menjadi masalah buat Real Madrid, namun dia tetap optimis dengan peluang kelabnya dalam Liga Juara-Juara (UCL).

Karim Benzema menyelamatkan maruah Madrid, awal pagi tadi, ketika Los Blancos bangkit untuk seri 1-1 dengan Chelsea dalam pertemuan pertama separuh akhir di ibu negara Sepanyol.

Madrid membuat permulaan lembab di Estadio Alfredo Di Stefano, di mana Chelsea yang dipimpin Thomas Tuchel mendahului perlawanan selepas 14 minit hasil penyudah Christian Pulisic sebelum Benzema mengikat kedudukan, 15 minit kemudian.

Anak buah Zinedine Zidane, bagaimanapun, gagal memanfaatkan aksi di tempat sendiri itu unutk memperoleh gol kemenangan ke atas wakil dari London berkenaan dalam percubaan keempat mereka.





Varane -- yang dikaitkan dengan perpindahan ke seteru Los Blancos itu -- memberitahu Movistar: "Saya rasa kami melihat dua perlawanan yang berbeza di antara babak pertama dan kedua.

"Mereka bermula dengan baik, penuh bersemangat dan mereka menekan kami dengan baik. Mereka mematahkan barisan pertama dengan beberapa pendekatan. Namun, jaringan Karim itu membolehkan kami mendapat rentak untuk beraksi dengan jauh lebih baik dalam separuh masa kedua.

"Kami gagal mematahkan gerakan mereka dengan hantaran kami. Tekanan yang mereka berikan amat mengganggu kami jadi kami perlu belajar untuk menghadapinya sejak awal permainan lagi menjelang perlawanan kedua kelak."

Benzema sekali lagi menunjukkan kepentingan kelibatnya di Madrid -- penggempur dari Perancis itu menyamai rekod Raul sebagai penjaring keempat terbanyak dalam sejarah Liga Juara-Juara (UCL) sejurus meledak gol ke-71 itu.

Hanya Lionel Messi (36) dan Cristiano Ronaldo (35) memiliki pencapaian lebih baik untuk melakar gol ke atas lawan yang lebih berbeza dalam UCL daripada Benzema (33).

Sementara itu, penggempur terbabit mempunyai koleksi enam gol dalam UCL musim ini. Hanya sekali sepanjang 16 tahun kariernya dalam kejohanan berkenaan apabila berjaya menyumbat tujuh gol pada 2011-12).

"Dalam perlawanan seperti ini, Benzema menjadi pemisahnya -- dia mengubah dinamik permainan. Kami sedar kualiti dimilikinya dan dia banyak membantu kami," katanya lagi.

"Di peringkat kejohanan ini, kecergasan akan memainkan peranan penting daripada segi fizikal dan juga mental. Kami perlu turun untuk memenangi semula perlawanan ini."