Celta Vigo pecat Oscar Garcia

Muzaffar Musa
November 10, 2020 02:00 MYT
Pasukan yang sedang bergelut dalam LaLiga, Celta Vigo, memecat ketua jurulatihnya, Oscar Garcia, selepas hanya sembilan perlawanan musim 2020-21.
Celta kini dibezakan satu kedudukan dan satu mata daripada zon penyingkiran selepas hanya mencatatkan satu kemenangan dalam liga utama Sepanyol itu musim ini.
Keputusan seri 1-1 dengan Elche dalam perlawanan terakhir mereka menjadi penamat buat pengendali berusia 47 tahun itu selepas setahun berkhidmat.
"Oscar Garcia Junyen dan pasukan kejurulatihannya bukan lagi sebahagian daripada RC Celta," kata satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu.
"Kelab ini mengucapkan terima kasih buat jurulatih Catalan itu dan pasukannya di atas kerjasama, profesionalisme dan usaha yang telah ditunjukkan sepanjang berada di RC Celta di mana meraka dapat mengekalkan status LaLiga dalam musim 2019-20 yang rumit.
"RC Celta mendoakan kejayaan Oscar Garcia dan kesemua penolongnya secara peribadi dan profesional."

OFFICIAL ? Oscar Garcia will no longer manage RC Celta. The club wishes him all the greatest success in the future. pic.twitter.com/Hx56g6CS54

— RC Celta English (@RCCeltaEN) November 9, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Oscar mengambil alih pasukan itu ketika berada dalam kelompok tiga terbawah 12 bulan lalu dan membawa pasukan itu kekal dalam LaLiga walaupun gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir musim 2019-20.
Sepanjang bergelar jurulatih, dia pernah mengemudi Maccabi Tel Aviv (dua kali), Brighton and Hove Albion, Watford, Salzburg, Saint-Etienne dan Olympiacos.
#Celta Vigo #LaLiga #Oscar Garcia