Joe Gomez tidak akan memainkan peranan dalam aksi persahabatan England dengan Itali, Rabu ini, selepas masalah pergelangan kaki memaksanya menarik diri daripada skuad Gareth Southgate.

Pemain pertahanan berusia 20 tahun itu hanya mampu bermain 10 minit di Amsterdam, Sabtu lalu, sebelum mendapat kecederaan itu dan digantikan dengan Harry Maguire.

Ketika Jack Wilshere terpaksa meninggalkan skuad akibat kecederaan, Gomez diharapkan dapat beraksi untuk pertemuan dengan pasukan Azzurri itu di Wembley.

Bagaimanapun, kecederaan itu dianggap cukup serius untuk memerlukan penilaian lanjut oleh pasukan perubatan Liverpool apabila mereka menuju ke peringkat penting musim ini, di dalam negara dan Liga Juara-Juara Eropah.

Perlawanan Sabtu lalu adalah penampilan ketiga Gomez dan pemain muda itu memberi kesan sepanjang 29 penampilan bersama Liverpool dalam semua pertandingan musim ini.