Dani Carvajal menegaskan Real Madrid tidak perlu bimbang gagal mendapatkan khidmat pemain seperti Neymar atau Paul Pogba selepas gergasi LaLiga itu gagal mendapatkan gandingan bintang itu.

Neymar dan Pogba masing-masing telah dikaitkan dengan perpindahan ke Santiago Bernabeu daripada Paris Saint-Germain (PSG) dan Manchester United tetapi mengambil keputusan untuk kekal sehingga tamat jendela perpindahan Isnin lalu.

Carvajal mengakui potensi untuk mendapatkan khidmat Neymar kerap diperbincangkan di Real walaupun pertahanan kanan itu meragui perpindahan tersebut dapat disempurnakan.

"Anda telah membaca dia akan ke Barcelona sertai Real dan akhirnya di kekal di Paris," kata Carvajal.

"Neymar merupakan antara tiga pemain terbaik dunia, pemain yang disambut baik mana-mana pasukan."

Dengan Pogba turut gagal berkelana ke Bernabeu, Carvajal berkata pasukannya perlu memberikan tumpuan kepada pemain yang masih sebahagian daripada pasukan.

"Pogba turut dikatakan akan menyertai Real tetapi masih lagi kekal di England.

"Buat masa ini, kami tidak lagi boleh memikirkan mana-mana pemain yang tidak bersama Real," tambahnya.

Kehadiran pemain baru musim panas ini seperti Eden Hazard, Luka Jovic, Eder Militao, Ferland Mendy dan Rodrygo Goes merupakan langkah pertama rombakan yang dilakukan oleh Zinedine Zidane.

Carvajal dan Real telah meraih lima mata daripada tiga perlawanan LaLiga, mendedahkan sukar untuk membuat pertukaran secara drastik di Real.

"Bukan mudah tetapi pemain-pemain seperti Hazard, Militao dan Mendy akan membantu kami untuk mendapatkan sentuhan terbaik musim ini."