Carragher: Liverpool perlu dapatkan khidmat Upamecano

Ammar Hakim
Oktober 19, 2020 23:25 MYT
Jamie Carragher berkata Liverpool perlu melakukan segala yang termampu untuk menandatangani pertahanan RB Leipzig, Dayot Upamecano Januari ini selepas kehilangan khidmat Virgil van Dijk yang mengalami kecederaan serius.
Pemain kebangsaan Belanda, Van Dijk, dipaksa keluar padang ketika The Reds seri 2-2 Everton Sabtu lalu selepas diterjah oleh Jordan Pickford.
Imbasan mendedahkan Van Dijk mengalami kecederaan ligamen lutut, kecederaan yang memaksa dia bakal terlepas hampir keseluruhan musim ini.
Liverpool telah dikaitkan dengan pemain kebangsaan berusia 21 tahun, Upamecano dan Carragher berkata Jurgen Klopp perlu membawanya masuk Januari ini.

"You don’t need it but you have to get over it and Virgil will get over it, 100 per cent, and today is already the first day."

— Liverpool FC (@LFC) October 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Liverpool perlu membawa masuk pertahanan tengah dan saya bercakap mengenai musim panas akan datang," katanya.
"Dejan Lovren telah berhijrah dan mereka tidak mendapatkan pengganti jadi mereka hanya memiliki tiga pertahanan tengah dan salah seorang daripadanya, Joel Matip, sentiasas cedera. Terdapat persoalan mengenai Joe Gomez.
"Jadi mereka perlu berbelanja musim panas akan datang. Tetapi ia perlu dipercepatkan pada Januari ini. Bukan penghujung Januari.
"Terdapat seorang pemain muda yang dibualkan di Leipzig, Dayot Upamecano. Mereka berancang untuk mendapatkan pemain tersebut Januari ini.
"Ini bermakna Liverpool bakal mengharungi 11 perlawanan liga tanpa Virgil van Dijk."