Tim Cahill memberi isyarat dia mungkin meninggalkan Melbourne City untuk kekal sebahagian daripada anggota skuad Australia ke Piala Dunia 2018.

Selepas terlepas aksi play-off pertama akibat kecederaan buku lali, bekas pemain Everton itu dimasukkan sebagai pemain gantian untuk mengharungi permainan selama 66 minit dalam kemenangan ke atas Honduras, semalam.

Cahill segera mengalihkan perhatian kepada tugas yang perlu dilakukannya dalam memastikan tempat dalam pusingan akhir Piala Dunia buat kali keempat berturut-turut kerana sedar dia hanya diberikan kesempatan beraksi selama 60 minit dalam saingan Liga-A pada musim ini.

"Saya perlu membuat beberapa keputusan penting," katanya kepada Fox Sports ketika ditanya mengenai masa depannya di peringkat antarabangsa. "Saya perlu beraksi secara kerap.

"Ini yang saya mahukan. Saya tahu itu yang diperlukan.

"Jangan sekali-kali menutup pintu kepada sesuatu seperti ini kerana saya akan melakukan apa sahaja untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini," hujahnya.

Cahill merupakan penjaring terbanyak Socceroos dengan 50 gol.