Pemain tengah Barcelona, Sergio Busquets, menegaskan pendahulu LaLiga itu masih belum boleh meraikan sebarang kejayaan walaupun kini memiliki kelebihan lapan mata ke atas Atletico Madrid.

Jaringan Lionel Messi yang ke-600 buat kelab dan negara menyaksikan skuad bimbingan Diego Simeone itu tewas 1-0 di Nou Camp semalam untuk memastikan Barca kembali mendakap takhta LaLiga musim ini.

Barca, yang terdahulu seri tiga kali dalam lima perlawanan, kembali menemui rentak kemenangan dan kini memiliki kelebihan 15 mata ke atas penyandang juara, Real Madrid.

Bagaimanapun, Busquets menegaskan tiada masa untuk berehat.

"Tidak sama sekali. Kami perlu terus bekerja keras," katanya.

"Dari sekarang hingga penamat musim ini, kami akan menghadapi aksi yang sukar.

"Terdapat baki 11 perlawanan dan kami perlu menempuhinya dan tidak terlupa saingan Liga Juara-Juara (UCL).

"Ia merupakan jadual yang padat tetapi kami akan terus melihat ke hadapan," ujarnya.