Buffon sah tinggalkan Juve, belum pasti bersara

Shaiful Shamsudin
Mei 12, 2021 04:24 MYT
Gianluigi Buffon mengesahkan akan meninggalkan Juventus pada akhir musim ini tetapi masih belum memutuskan mengenai hasrat persaraan.
Pemain berusia 43 tahun tersebut kembali menyertai gergasi Itali itu dua tahun lalu selepas menghabiskan saingan 2018-19 di Paris Saint-Germain (PSG), namun dia berasakan kedua-dua pihak telah mencapai kitaran terakhirnya.
Sepanjang tempoh keduanya di Turin, Buffon bertindak selaku pilihan kedua kepada Wojciech Szczesny apabila dipertaruhkan 16 kali dalam Serie A sejak awal 2019-20.
Dia memenangi gelaran liga ke-11 musim lalu, tetapi di bawah bimbingan bekas rakan sepasukannya, Andrea Pirlo, musim 2020-21 telah mengundang banyak masalah buat Bianconeri yang kini menghuni kedudukan kelima dengan baki tiga perlawanan lagi -- Inter sudah pun mengesahkan Scudetto.
Kini, dia berasakan sudah tiba waktunya untuk berhijrah lagi sungguhpun belum memutuskan apa yang akan terjadi.
"Masa depan saya jelas. Tahun ini, segala pengalaman indah dan panjang bersama Juve akan berakhir," katanya kepada beIN Sports.
"Sama ada saya berhenti beraksi atau jika saya mendapati situasi yang mampu menawarkan saya insentif untuk beraksi atau mengutip pengalaman hidup, maka saya mempertimbangkannya.
"Saya rasa saya telah mencurahkan segalanya buat Juve. Saya telah menerima segala-galanya dan tidak mampu melakukannya lebih daripada ini. Kami telah mencapai akhir kitaran dan adalah tepat bagi saya untuk meredakan gangguan (mengesahkan akan angkat kaki lebih awal)."
Mengenai apa kegagalan Juve musim ini, Buffon mengakui ada kebimbangan mengenai mentaliti pasukan.

1100 - Gianluigi #Buffon disputa questa sera la sua presenza numero 1⃣1⃣0⃣0⃣ tra club e nazionale maggiore. Infinito.#InterJuventus #CoppaItalia #InterJuve pic.twitter.com/0qdW1Yy5K6

— OptaPaolo (@OptaPaolo) February 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami tidak mempunyai kesinambungan. Ketika menentang lima atau enam pasukan teratas yang sering dimenangi kami, baik seri mahupun kadang kalah, kami tetap beraksi di tahap serupa.
"Sebaliknya, kami sering kehilangan mata yang tidak sepatutnya apabila menentang pasukan lebih kerdil. Ini bererti bahawa kami adalah pasukan yang belum berkembang pesat."
Bianconeri dilaporkan memburu penjaga gawang Milan, Gianluigi Donnarumma, pada musim depan berikutan pemain antarabangsa Itali itu menjadi agen bebas.
Bagi Buffon pula, kelab di zaman remajanya, Parma, disebut sebagai destinasi berpotensi walaupun mereka tergelincir ke Serie B.
#Juventus #Gianluigi Buffon #Serie A