Buffon bincang kedudukannya bulan depan

Penulis Jemputan
Februari 1, 2020 04:14 MYT
Gianluigi Buffon bakal bertemu dengan Juventus bulan depan bagi membincangkan masa depannya bersama juara Serie A itu, menurut ejennya, Silvano Martina.
Pemain berusia 42 tahun itu tidak mempamerkan sebarang penurunan sejak kembali ke Juve menerusi kontrak setahun selepas bersama gergasi Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG).
Buffon, yang mengatasi Paolo Maldini untuk penampilan paling banyak di tahap kelab, telah tampil 10 kali dalam semua kejohanan di bawah kendalian Maurizio Sarri musim ini.
Pilihan kedua kepada penjaga gol utama, Wojciech Szczesny, Martina ditanya mengenai Buffon dan memberitahu Tuttosport: "Saya tidak tahu apa yang bakal dilakukannya. Saya berasakan sendiri tidak tahu. Kami akan bertemu kelab pada penghujung Mac ini.
"Dia gembira, berusia 42 tahun tetapi masih lagi bermain dengan cemerlang. Cergas dan sihat, ia bermakna dia menjaga dirinya.
"Buffon sebelum ini pernah bercakap mahu bersara pada usia 32 tahun dan saya memberitahunya perlu menunggu terlebih dahulu.
"Dia mengharungi musim yang baik di Paris, Fabio Paratici kerap kali menonton perlawanannya.
"Dia menerima banyak tawaran tetapi selepas Juve mahu menyaksikan Buffon kembali ke Itali, ia adalah pilihan terbaik buat keluarganya."
Juve – mendahului tiga mata di puncak liga -- akan menerima kunjungan Fiorentina di Turin esok.
Editor: Ammar Hakim