Bruno Fernandes mohon maaf gagal selamatkan maruah Man United

Shaiful Shamsudin
September 26, 2021 05:17 MYT
Bintang Manchester United, Bruno Fernandes, mengeluarkan satu kenyataan permohonan maaf berikutan kegagalannya melunaskan sepakan penalti pada masa kecederaan ketika kalah Aston Villa, malam tadi.
Justeru, dia berjanji mereka akan bangkit daripada prestasi buruk ketika ini selepas tewas kepada seteru Liga Perdana Inggeris (EPL) itu di depan penyokong sendiri.
United ketinggalan 0-1 dalam pertemuan di Old Trafford itu ketika Fernandes dihadiahkan sepakan penalti yang akhirnya melewati palang.
Pemain Villa, Kortney Hause, cukup lega apabila terselamat daripada hukuman terhadap bola terkena tangannya itu selepas lima minit menggegar gawang lawan pada minit ke-88.

2 - Bruno Fernandes missed from the penalty spot for only the second time in his 23 attempts for Manchester United in all competitions and for the first time since October 2020 against Newcastle in the Premier League. Uncharacteristic. pic.twitter.com/wG2Gu5A9mc

— OptaJoe (@OptaJoe) September 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, rembatan Fernandes -- menggalas peranan sebagai penendang penalti berbanding Cristiano Ronaldo -- terlalu kencang untuk United mengalami kekalahan pertama liga musim ini dan yang ketiga dalam empat perlawanan terakhir.
Ini kali kedua Fernandes gagal dalam 23 percubaannya sejak menghadapi kekecewaan pada Oktober 2020 ketika menentang Newcastle United dalam EPL.
"Tidak ada yang lebih terkilan dan kecewa daripada saya kerana gagal dalam sepakan penalti dan mengakibatkan kekalahan kami," tulis Fernandes di media sosial.
"Saya sentiasa bertanggungjawab dan saya selalu memikulnya di bawah tekanan pada saat-saat seperti ini. Hari ini, saya gagal. Tetapi saya memandang ke depan dan akan menghadapi cabaran ini dengan cita-cita dan tanggungjawab yang sama seperti sebelumnya dan kadang-kadang pada hari lain, bola akan menerjah jaring.
"Kritikan dan perbezaan pendapat adalah lumrah dalam bola sepak. Saya banyak belajar mengenainya, bahkan menggunakannya sebagai dorongan dan saya menganggap ini semua adalah bahagian yang sangat penting atas komitmen saya untuk tidak pernah berhenti berusaha memperbaiki diri, menjadi pemain sehabis baik yang mungkin demi diri sendiri dan pasukan.
"Hari ini saya sekali lagi memikul tanggungjawab yang diberikan kepada saya sejak saya menyertai United dan saya akan memikulnya lagi tanpa rasa takut atau gentar apabila diminta.
"Perkara paling penting bagi saya adalah untuk menang bersama-sama dan saya akan sentiasa berusaha membantu rakan sepasukan dan kelab ini untuk menjadi yang terbaik.
"Saya merupakan seorang pemain yang mencurahkan segalanya di atas padang dengan keinginan dan komitmen yang tinggi. Dan itulah yang akan saya teruskan.
"Terima kasih atas sokongan anda selepas wisel penamat! Mendengar anda melafazkan nama saya di stadium sangat beremosi. Saya akan kembali kuat kerana ini adalah standard yang saya tetapkan. Tetapi apa yang paling penting adalah pasukan dan peminat yang sentiasa menyokong kami."
United kini di kedudukan keempat EPL, satu mata di belakang pendahulu, Liverpool, selepas enam perlawanan.
Pintu gol skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu telah dirobek dalam lapan perlawanan liga terakhir di Old Trafford selain kemarau tanpa jaringan terpanjang di tempat sendiri sejak Februari 1972.
United mengumpul 28 percubaan tanpa mencetak sebarang gol dan kali terakhir ia berlaku pada Oktober 2016 iaitu ketika menghadapi Burnley (38 kali tanpa percubaan tepat).

No excuses for my penalty miss today. I’m my biggest critic but as always I’ll use it to drive me forward. More than my disappointment though, the team’s loss today is the most important. I’ll be ready next time. pic.twitter.com/tTBgURne8B

— Bruno Fernandes (@B_Fernandes8) September 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#EPL #Liga Perdana Inggeris