Bruno Fernandes bintangi kemenangan bergaya Portugal ke atas Nigeria

Muzaffar Musa
November 18, 2022 00:03 MYT
PORTUGAL 4 NIGERIA 0
Bruno Fernandes menjaringkan dua gol ketika Portugal mencatatkan kemenangan mudah 4-0 ke atas Nigeria dalam satu aksi pemanas badan menjelang Piala Dunia Qatar awal pagi tadi walaupun ketua pasukannya, Cristiano Ronaldo, tidak terlibat dengan perlawanan itu kerana masalah kesihatan.
Pasukan bimbingan Fernando Santos itu mempamerkan aksi dominan di Lisbon dan tidak terganggu konflik melibatkan Ronaldo dan Manchester United.
Fernandes menjaringkan dua gol dalam babak pertama, termasuk satu daripada sepakan penalti, untuk Portugal menguasai perlawanan persahabatan terakhir itu sebelum ke Qatar.
Goncalo Ramos kemudian menjadikan kedudukan 3-0 selepas Emmanuel Dennis gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam babak kedua.
Joao Mario menjaringkan gol keempat tuan rumah pada lewat permainan untuk Portugal memperoleh persiapan terbaik menjelang aksi pembukaan Kumpulan H menentang Ghana pada Jumaat depan.

Está passado mais um teste. ✅ Próxima paragem: Mundial! #VesteABandeira #WearTheFlag pic.twitter.com/JnkKXGmiEu

— Portugal (@selecaoportugal) November 17, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Portugal #Nigeria #Bruno Fernandes #Persahabatan Antarabangsa #Piala Dunia Qatar