Apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 25 pemain ke kem latihan pusat Harimau Malaya oleh jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon, dalam Kejohanan Jemputan Piala Raja Thailand Ke-48 menarik perhatian penulis.

Pan-gon dan barisan kejurulatihannya telah menyenaraikan beberapa orang muka baru untuk sama-sama memperkuatkan skuad Malaysia seperti Brendan Gan, Declan Lambert, Kalamullah Al Hafiz, Rahadirazli Rahalim dan Zahfri Yahya.

Sudah tentu kehadiran mereka ini akan menambah kekuatan Harimau Malaya terutama kehadiran Brandan Gan. Sudah tentu kehadiran Brendan Gan akan membantu memperkuatkan bahagian midfield Harimau Malaya yang mana sebelum ini dia tidak dapat bersama-sama skuad kendalian Pan Gon kerana mengalami masalah kesihatan.

Semua tahu Brendan Gan merupakan seorang midfield tengah yang sentiasa bekerja keras dan punya keupayaan teknikal yang baik.

Peranan yang dimainkan beliau amat penting sekali terutama dari aspek mematikan setiap gerakkan lawan selain menjadi perantaraan dalam pergerakan untuk menyerang.

Sementara itu, di bahagian penjaga gol ada sedikit perubahan yang dilakukan Pan Gon kali ini apabila tidak menyenaraikan penjaga gol berpengalaman Farizal Marlias namun pada pandangan penulis ini satu tindakkan yang positif daripada Pan Gon apabila memberi peluang kepada penjaga gol muda dalam negara seperti Rahadirazli Rahalim dan Kalamullah Al Hafiz. Ini menunjukkan satu transisi yang akan dilakukan pasukan kejurulatihan Harimau Malaya untuk memastikan pada masa hadapan skuad negara mempunyai ramai penjaga gol yang boleh disenaraikan.

Jika diperhatikan skuad yang akan di bawa ke Chiang Mai, Thailand oleh Pan Gon mempunyai kekuatan yang seimbang selain mempunyai pengalaman yang luas di peringkat antarabangsa. Walaupun ramai juga muka-muka baru di panggil ke kem latihan seperti pemain-pemain dari Kuala Lumpur City.

Ini memberi kelebihan kepada barisan kejurulatihan negara kerena mereka bolen mempelbagaikan strategi mengikut kekuatan yang dimiliki pemain-pemain yang ada namun ia tidak lari dari falsafah bola sepak Malaysia yang telah diwujudkan FAM. Ini masa terbaik untuk Pan Gon menguji pemain-pemain baru sebelum Piala Asia 2023.

Kredit: Sinar Harian