Pemain tengah, Palmeiras, Danilo, diserapkan buat julung kalinya untuk skuad Brazil sementara Tite tetap memilih Fabinho untuk perlawanan persahabatan akan datang bulan depan, di sebaik walaupun kebimbangan kecederaan terhadap bintang Liverpool itu.

Brazil mengumumkan skuad 27 pemain untuk perlawanan persahabatan menentang Republik Korea, Jepun dan pencabar Amerika Selatan, Argentina, bulan depan.

Fabinho adalah salah seorang daripada 13 pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) yang tersenarai sekalipun pemain tengah itu terhincut-hincut akibat mengalami kecederaan otot ketika The Reds merakam kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa semalam.

Laporan mencadangkan Fabinho akan terlepas perlawanan akhir Piala FA menentang Chelsea, Sabtu ini, termasuk perlawanan liga menentang Wolves dan Southampton dalam usahanya untuk cergas beraksi dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid pada 29 Mei depan tatkala Liverpool memburu empat kejuaraan.

Danilo adalah satu lagi calon yang dimasukkan oleh ketua jurulatih skuad Samba itu selepas bintang Palmeiras tersebut mempamerkan aksi cemerlang dalam Piala Dunia Kelab di mana pasukannya ditewaskan oleh Chelsea dalam final.




Mengenai kemasukan Danilo, Tite memberitahu pemberita: "Danilo adalah salah seorang pemain yang kami ikuti perkembangannya, kami sentiasa prihatin kepada pemain yang baru muncul.

"Danilo beraksi dengan baik dalam Piala Dunia Kelab yang kami ikuti secara langsung dan membuat lawatan ke kelab itu.

"Kami telah memantau beberapa siri prestasinya supaya kami dapat mewajarkan pemilihannya."

Senarai penuh panggilan antarabangsa Brazil:

Alisson (Liverpool), Ederson (Manchester City), Weverton (Palmeiras); Alex Sandro (Juventus), Alex Telles (Manchester United), Dani Alves (Barcelona), Danilo (Juventus), Guilherme Arana (Atletico-MG), Eder Militao (Real Madrid), Gabriel Magalhaes (Arsenal), Marquinhos (Paris Saint-Germain) and Thiago Silva (Chelsea); Bruno Guimaraes (Newcastle United), Casemiro (Real Madrid), Danilo (Palmeiras), Fabinho (Liverpool), Fred (Manchester United), Lucas Paqueta (Lyon) and Philippe Coutinho (Aston Villa); Gabriel Jesus (Manchester City), Gabriel Martinelli (Arsenal), Matheus Cunha (Atletico Madrid), Neymar (Paris Saint-Germain), Raphinha (Leeds), Richarlison (Everton), Rodrygo (Real Madrid) and Vinicius Junior (Real Madrid).