Borussia Dortmund tutup sebarang tawaran untuk Jude Bellingham

Shaiful Shamsudin
Ogos 4, 2022 00:32 MYT
Borussia Dortmund tidak akan menjual Jude Bellingham tetapi gergasi Bundesliga itu optimis akan menandatangani seorang lagi penyerang baru pada akhir minggu depan.
Pemain tengah England itu menjadi sasaran beberapa kelab utama Eropah dengan Real Madrid dilaporkan antara yang memantau kelibatnya.
Pada usia 19 tahun, dia sudah memasuki kempen Bundesliga ketiganya selepas menghabiskan setahun sebagai pemain utama kelab divisyen dua Inggeris, Birmingham City.
Bellingham masih kekal menganggotai skuad Dortmund menjelang Piala Dunia Qatar yang bermula November depan sambil kelab Jerman itu tidak lagi berhasrat melepaskan mana-mana pemain handalan mereka selepas Erling Haaland menyertai Manchester City.

Juudee BELLINGHAAM! pic.twitter.com/zBuiBsKnlb

— Borussia Dortmund (@BlackYellow) July 31, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ditanya sama ada dia boleh menyekat penjualan Bellingham, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dortmund, Hans-Joachim Watzke, berkata: "Ya, pasti, 100 peratus."
Kelab Jerman itu turut fokus terhadap pemburuan pengganti Sebastien Haller yang menghidap barah selain menilai Youssoufa Moukoko belum bersedia untuk memainkan peranan utama.
"Dia baru berusia 17 tahun, saya rasa tanggungjawab ini masih terlalu besar buatnya," katanya.
#Borussia Dortmund #Bundesliga #Jude Bellingham