Pertahanan Itali, Leonardo Bonucci, meletakkan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebagai sasaran utamanya, sekaligus menandingi pencapaiannya ketika bersama Juventus.

Bonucci menyertai revolusi baru Rossoneri bersama-sama Ricardo Rodriguez, Hakan Calhanoglu dan Andre Silva di San Siro.

Dia, yang sebelum ini dikecewakan dua kali di pentas final UCL, menyifatkan keinginan tinggi Milan membuatkannya tertarik untuk datang.

“Saya memilih Milan kerana saya sukakan cabaran dan Milan mempunyai projek yang besar,” kata Bonucci.

“Pengarah kelab, Marco Fassone dan Massimo Mirabelli, membuatkan saya berasa amat penting, sebab itu perbincangan perpindahan saya hanya kurang daripada 24 jam.

“Ia sama seperti ketika Juventus mula dibina dan akhirnya kami berada di puncak.

“Di sini, saya mahu meraih sesuatu yang lebih tinggi. Saya ingin menjuarai UCL dalam masa empat tahun lagi,” tambahnya.