Barcelona menandatangani pertahanan, Lucy Bronze, selepas pemain itu mengumumkan pemergiannya daripada Manchester City bulan lalu.

Bronze, yang dinamakan sebagai Pemain Wanita Terbaik FIFA 2020, dikaitkan untuk berpindah ke Amerika Syarikat tetapi melakukan kejutan apabila sah menyertai pasukan naib juara Liga Juara-Juara Eropah, Barca.

Pemain berusia 30 tahun itu memenangi lima trofi sepanjang dua tempohnya bersama City, yang mengapit kejayaannya bergelar juara Eropah untuk tiga musim beturut-turut sewaktu bersama Lyon dari 2017 hingga 2020.

Dia berkata kepada media rasmi Barcelona: "Saya amat gembira untuk beraksi buat kelab seperti FC Barcelona, antara pasukan terbesar di dunia.

"Saya sudah tidak sabar untuk mula berlatih bersama pasukan ini.

"Selepas beberapa perbincangan, anda tidak boleh menolak pelawaan untuk ke Barca," katanya.