Biarpun Kuala Lumpur melakar rekod tanpa kalah dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia, pengendalinya, Bojan Hodak, kini berhadapan dengan masalah getir apabila mempunyai senarai panjang pemain yang mengalami kecederaan.

Kuala Lumpur terpaksa menunggu sehingga minit ke-82 untuk mencetak jaringan menerusi pemain tengah, Zhafri Yahya yang berjaya menguis bola melepasi penjaga gol Sri Pahang, Zarief Irfan.

Ia juga gol pertamanya dalam kancah Piala Malaysia, dengan keseluruhan Zhafri sudah mengumpul tiga gol termasuk dalam saingan Liga Super.

Kemenangan itu meletakkan Kuala Lumpur gah mengungguli Kumpulan A dengan 14 mata mengatasi Sarawak United, sekaligus bakal membuat perhitungan dengan naib juara kumpulan B, Selangor di peringkat suku akhir.