'Saya pernah tolak tawaran KL City!', itu pengakuan jurulatih KL City, Bojan Hodak, yang bertegas kejayaan pasukannya tidak bersandarkan pemain bintang tetapi keharmonian pasukan yang cukup luar biasa.

Perkongsian menarik Bojan tidak pernah menukar set persalinan setiap kali perlawanan sejak 11 Januari lalu dianggap 'tuah' kejayaan KL City semalam apabila muncul juara Piala Malaysia apabila mengatasi Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-0.

"Saya telah dihubungi untuk mengendalikan KL City, dan saya berkata terima kasih atas tawaran itu namun saya memiliki hal lain perlu diselesaikan," kata Bojan.

Dianggap sebagai pasukan yang kerdil awal musim, Bojan mengakui dia ragu-ragu dengan kemampuan KL City pada asalnya.

Namun segalanya tampak berbeza malah suasana dalam skuad KL City adalah pengalaman terbaik hodak sepanjang kariernya bergelar jurulatih.

Semetara itu, riak wajah kecewa gagal disembunyikan jurulatih JDT, Benjamin Mora.



Dengan melabelkan kegagalan semalam sebagai pengajaran cukup berguna, Mora bertegas kebangkitan JDT adalah pasti walaupun dia sendiri belum pasti kedudukannya bersama JDT selepas ini.

"Kegagalan hadir bagi mendapatkan kejayaan. Perasaan ini diperlukan bagi memastikan pasukan ini terus berkembang dan maju ke hadapan," kata Mora.