Kevin-Prince Boateng menggesa bintang Barcelona, Lionel Messi, menyertai Napoli sebagai tanda penghargaan kepada kelab dan legenda Argentina, Diego Maradona.

Maradona -- boleh dikatakan sebagai pemain terhebat sepanjang zaman -- meninggal dunia pada usia 60 tahun setelah mengalami kegagalan jantung bulan lalu.

Napoli menamakan semula stadium mereka kepada Stadio Diego Armando Maradona sebagai penghormatan kepada pemenang Piala Dunia 1986 itu, yang membantukelab kelab Serie A itu meraih kejayaan Scudetto pada tahun 1987 dan 1990 seleaps tiba di Barca pada 1984.

Messi menanggalkan jersi Barca dan menyarung jersi Newell's Old Boys yang dihiasi dengan nombor 10 yang pernah digunakan oleh Maradona setelah menjaringkan gol ketika mengatasi Osasuna 4-0 bulan lalu.

Bekas rakan sepasukan Barca, Boateng, mahu pemenang Ballon d'Or enam kali, Messi -- yang telah banyak dikaitkan dengan Manchester City dan Paris Saint-Germain -- untuk berbuat lebih banyak untuk memberi penghormatan kepada rakan senegaranya.



"Saya sering mendengar perbandingan antara Messi dan Maradona dan oleh itu saya akan membuat cadangan kepada Leo," kata Boateng

"Dia harus pergi ke Napoli setelah kontraknya dengan Barcelona tamat. Lebih bagus jika dia sendiri menghunggi [presiden Aurelio] De Laurentiis dan berkata: 'Saya akan datang'.

"Walaupun mereka telah tidak lagi menggunakan jersi nombor 10, 'Saya ingin menghormati Maradona dan datang dan bermain selama satu atau dua tahun di Napoli', tanpa memikirkan wang, hanya hati.

"Mungkin ketika itu dia berjaya memenangi kejuaraan dan kemudian itu adalah apotheosis, cerita filem.

"Sekiranya saya adalah dia, saya akan memikirkannya. Sekarang, dia telah memenangkan segalanya di peringkat kelab, penutupan dengan cara legenda akan sangat luar biasa."