Mauro Icardi terus mempamerkan sentuhan berbisa namun Paris Saint-Germain (PSG) hanya mampu seri 2-2 dengan Chambly dalam perlawanan pra-musim sebentar tadi.

Pasukan bimbingan Mauricio Pochettino itu menundukan Le Mans 4-0 dalam aksi persiapan pertama tetapi kali ini gagal mengatasi Chambly yang tergelincir ke Ligue 2 musim lalu.

Icardi membuka akaun jaringan menerusi sepakan penalti sebelum Guillaume Heinry memperdayakan penjaga gol gantian, Sergio Rico, selepas separuh masa.




Xavi Simons menyusul untuk mencetak gol gol keduanya dalam pra-musim bagi membolehkan PSG kembali menerajui perlawanan, namun Doucoure mengikat kedudukan menerusi sepakan penjuru pada minit ke-89.

Selepas membuat penampilan sulung menentang Le Mans, Achraf Hakimi tidak diturunkan sementara Sergio Ramos masih berusaha untuk mengembalikan kecergasan.

Penjaga gol baru PSG, Gianluigi Donnarumma, pula hanya akan kembali selepas meraikan kejayaan Euro 2020.

Ujian selanjutnya buat anak buah Pochettino itu adalah dengan Augsburg di Orleans, awal pagi Khamis ini.