WOLVES 0 MAN UTD 1

Mason Greenwood meledak gol lewat permainan untuk menghadiahkan kemenangan kepada Manchester United 1-0 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) di Wolves, sebentar tadi.

Kejayaan tipis itu memastikan The Red Devils melebarkan rekod kebal di tempat lawan.

Penyudah kaki kanan bintang remaja itu menjadi jurang pemisah sekalipun Wolves kelihatan lebih mengancam dalam sejam awal permainan yang menyaksikan ketangkasan luar biasa David de Gea bagi mengekalkan kedudukan kekal seimbang dalam separuh masa kedua.




Pelawat, yang mempertaruhkan Raphael Varane dan Jadon Sancho buat kali pertama mula memperkemaskan rentak selepas bekerja keras mengekang asakan lawan sebelum beroleh mata maksimum.

Ia rekod tanpa kalah liga buat kali ke-28 ketika berkunjung ke tampat lawan untuk bagi kendalian pasukan Ole Gunnar Solskjaer itu terus ceria atas perkhabaran enak memancing Cristiano Ronaldo kembali daripada Juventus.