Bintang PSG lapor diri menjelang latihan pertama

Shaiful Shamsudin
Jun 23, 2020 04:35 MYT
Neymar dan Kylian Mbappe antara bintang Paris Saint-Germain (PSG) yang akan melaporkan diri ke tempat latihan kelab hari ini.
Skuad utama asuhan Thomas Tuchel itu akan menuju ke Pusat Ooredoo untuk menjalani pemeriksaan perubatan termasuk saringan COVID-19 menjelang latihan yang dirancang Jumaat ini.

BACK ❤️?... @PSG_inside pic.twitter.com/tKXSD9sDqW

— Kylian Mbappé (@KMbappe) June 22, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seramai 27 pemain akan melaporkan diri tidak termasuk Edinson Cavani dan Thomas Meunier yang memutuskan untuk meninggalkan kelab itu pada akhir bulan ini.
Anak buah Tuchel itu dijangka menjalani ujian lebih lanjut hingga Khamis ini dengan sesi latihan akan dilanjutkan dalam kumpulan kecil.
Gergasi Ligue 1 itu tidak beraksi sejak kemenangan 2-0 ke atas Borussia Dortmund dalam aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) Mac lalu.

✌️ pic.twitter.com/TK5p7c5XI4

— Paris Saint-Germain (@PSG_English) June 22, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ligue 1 merupakan satu-satunya kancah dalam kalangan lima liga teratas Eropah yang menamatkan saingan lebih awal dengan PSG disahkan sebagai juara berdasarkan kedudukan terakhir.
Bagaimanapun, penganjur di Perancis itu bersedia untuk membenarkan final Coupe de France dan Coupe de la Ligue masing-masing diadakan pada 24 dan 31 Julai. PSG akan berhitung dengan Saint-Etienne disusuli Lyon.
Mereka kemudian akan meneruskan perjuangan dalam UCL -- yang disusun semula berbentuk kejohanan mini di Lisbon -- Ogos depan sebelum sepak mula musim 2020-21.
#Neymar #Kylian Mbappe #Paris Saint-Germain