Bintang muda jadi wira Juventus

Shaiful Shamsudin
Oktober 30, 2022 00:00 MYT
LECCE 0 JUVENTUS 1
Massimiliano Allegri memuji kualiti hebat yang diperagakan Nicolo Fagioli selepas pemain muda tengah Juventus itu merakamkan jaringan menakjubkan untuk kemenangan 1-0 di Lecce, awal pagi tadi.
Tatkala pengurus itu berasakan perlawanan mula tegang dan tekanan makin memuncak berikutan permainan tidak menentu anak buahnya di Stadio Via del Mare, rembatan tonggak gantian, Fagioli, telah memberi penawar buat mereka mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam Serie A.
"Nicolo memiliki kualiti yang hebat," katanya kepada DAZN.
"Laluannya adalah istimewa.
"Dia agak terbawa-bawa dalam peranannya dan dia masih perlu belajar untuk bermain di hadapan pertahanan memandangkan dia tidak pernah melakukannya. Semua pemain bagus."
Juventus kehilangan ramai pemain handalan gara-gara kecederaan termasuk Dusan Vlahovic, Paul Pogba dan Federico Chiesa, secara tidak langsung pincang ketika menghadapi Lecce.

A thumbs up from tonight’s ?????? goal-scorer ?#LecceJuve pic.twitter.com/Ha5NFCjigI

— JuventusFC (@juventusfcen) October 29, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lantaran itu, Allegri mengerahkan lebih ramai pemain muda yang menyaksikan Fagioli masuk dalam babak kedua untuk menggantikan Weston McKennie.
"Ideanya adalah untuk memasukkan Fagioli adalah ketika sebaik keamatan mereka menurun," katanya lagi.
"Dalam bola sepak mahupun kehidupan, anda perlu bangkit. Segala-galanya tidak semestinya tidak memihak kepada anda dan semuanya akan baik-baik saja.
"Dan apabila masalah tercetus, anda perlu kuat daripada segi mental dan bijak mengharungi badai.
"Kegilaan yang sihat harus sentiasa dikekalkan, hanya secara rasionalnya ia tidak berhasil."
#Juventus #Serie A