Athletic Bilbao mencapai kesepakatan awal untuk melantik Marcelino sepagai jurulatih pasukan itu sehingga 2022 selepas memecat Gaizka Garitano.

Kelab LaLiga itu memecat Garitano, yang mengambil alih pasukan itu pada Disember 2018, hanya beberapa jam selepas menewaskan Elche 1-0 lewat malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Bilbao kini menduduki tangga kesembilan LaLiga dan ketinggalan tujuh mata di belakang pasukan di tangga kelima, Barcelona.

Bekas pengendali Valencia, Marcelino, kemudian diumumkan sebagai pengganti Garitano.

Bilbao mengumumkan bahawa mereka telah mencapai kesepakatan awal dengan Marcelino sehingga 2022.

Selepas dua tahun berkhidmat, Marcelino dipecat Valencia pada September 2019.

Dia membantu kelab LaLiga itu memenangi Copa del Rey musim 2018-19.