Perlumbaan Tour de France 2023 akan bermula di bandar Sepanyol, Bibao.

Penganjur perlumbaan Grand Tour paling berprestij itu mengesahkan semalam bahawa acara dwitahunan itu akan merentasi Basque Country.

Ia merupakan kali kedua perlumbaan pembukaan itu akan mengambil tempat di Sepanyol selepas ia pernah dimulakan di San Sebastian pada 1992.

Kejohanan jelajah itu akan bermula di Bilbao pada 1 Julai sebelum saingan hari kedua akan merentasi sempadan Basque Country.

Sejumlah besar peminat dijangka akan menyaksikan pelepasan pelumba pada hari pembukaan itu, di mana ia juga merupakan ulang tahun ke-120 acara berkenaan.

Seramai 21 pemenang Tour de France berasal dari Bosque Country dan hampir satu pertiga daripada 66 pelumba sepanyol telah mengecap kejayaan itu.