Tonggak tengah skuad bawah 22 tahun negara, Ahmad Khairil Anuar Zamri, atau dikenali dengan panggilan Beto, terpaksa disisihkan daripada aksi persahabatan di China selepas mengalami kecederaan lutut.

Jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Wee, menjelaskan kecederaan yang dialami Beto tidak terlalu serius dan mungkin hanya memerlukan dua minggu untuk pulih.

“Kami mengambil langkah berjaga-jaga, jadi saya akan tinggalkan Beto untuk melalui proses pemulihan bersama ISN (Institut Sukan Negara) dan berkemungkinan akan memanggilnya selepas kembali dari China,” kata Kim Swee.

Selain Ahmad Khairil, antara pemain lain yang dilanda kecederaan adalah Nursyami Izuan dan Ahmad Azridin Rosli.

Bagaimanapun, Kim Swee telah memanggil tiga pemain sebagai pengganti untuk ke China, iaitu Sean Eugene Selvaraj, L. Kalaiharasan serta pemain dari Kuala Lumpur, Irfan Zakaria.

“Kami tahu yang Beto pernah bersama skuad bawah 22 dan itu tidak menjadi masalah, jadi apa yang penting adalah pemain sedia ada perlu membuktikan mereka mampu beraksi di peringkat lebih tinggi,” ujarnya.