Bruno Fernandes menggesa bintang muda Manchester United untuk menggunakan peluang sebaik mungkin untuk menempah nama di Old Trafford.

Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan kunjungan ke ahead West Brom dilengkapkan trio pemain muda, Shola Shoretire, Hannibal Mejbri dan Amad Diallo.

Fernandes memimpin barisan pemain United musim ini, membantu The Red Devils menjadi salah sebuah pasukan mencabar gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perancang kelahiran Portugal itu berharap kehadiran pemain muda dalam skuad utama Untied akan memberikan lonjakkan, namun menggesa mereka akan bakal terpilih beraksi kekal berusaha keras dan merendah diri


"Mereka perlu memastikan fikiran kekal tenang kerana selepas memasuki skuad utama akan memberikan tekanan dan juga perlu kembali berlatih dan bermain bertemu pasukan lain sekali lagi," katanya.

"Saya berada dalam kedudukan ini sebelum ini dan mengetahui ia adalah sukar, tetapi jika anda berusaha dan kekal rendah diri dan memahami setiap kali turun beraksi adalah peluang, tidak mengira di mana anda beraksi, setiap masa adalah peluang untuk anda membuktikan sudah bersedia melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.

"Bagi kami sebagai satu pasukan, adalah penting apabila mereka datang [untuk berlatih dengan kami] mereka datang untuk membantu kami dan belajar daripada semua dan juga memberikan kualiti yang mereka ada kepada pasukan.

"Sekiranya mereka datang ke pasukan pertama itu kerana mereka mempunyai sesuatu yang baik dan itu adalah sesuatu yang dapat membantu kami."