Ole Gunnar Solskjaer berbangga dengan kualiti berjuang dimiliki Marcus Rashford yang bermain mengatasi kesakitan bagi membantu Manchester United mengatasi Granada.

Sekali lagi menghadapi masalah buku lali, Rashford membuka jaringan di Nuevo Los Carmenes awal pagi tadi, tenang menyempurnakan hantaran Victor Lindelof.

Jaringan tersebut menjadikan gol yang ke-20 bagi Rashford dalam semua pertandingan musim ini, menjadikan pemain United pertama meraih dua angka dalam dua musim berturut=turut sejak Wayne Rooney 11 tahun lalu.

Penyerang England itu, dikeluarkan 10 minit selepas menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Brighton and Hove Albion, berjuang demi pasukan bertemu Granada sebelum digantikan ketika perlawanan berbaki 25 minit.

Solskjaer, yang berharap Rashford cergas untuk bertemu Tottenham Ahad ini, gembira dengan impak Rashford ke atas lawan yang sukar itu.

"Marcus, jaringan yang menarik," katanya. "Hantaran cemerlang daripada Victor, larian yang berkualiti dan kemahiran untuk mengawal bola, kami telah melihatnya sebelum ini dan ia merupakan gol yang berkualiti.

"Ia sama seperti sebelumnya, dia tidak pulih daripadanya. Mudah-mudahan, ia tidak menjadi lebih teruk dari ini. Dia bertahan 60 atau 70 menentang Brighton, 65 sekarang, jadi semoga dia bersedia. Saya fikir dia harus bersedia untuk hari minggu."


Walaupun selesa dalam pertahanan, United meraih jaringan kedua menerusi Bruno Fernandes yang menjaringkan penalti ke-19 untuk kelab itu setelah dijatuhkan oleh Yan Eteki.

Bintang Portugal itu, yang bersaing dengan penglihatannya terganggu, melakukan rembatan mengatasi penjaga gol, Rui Silva, pada minit ke-90.

"Ini adalah golpenting, yang kedua. Kemenangan 1-0, kehilangan tiga pemain, bukanlah kedudukan yang baik bagi pasukan, "katanya.

"Saya tidak fikir kami layak mendapat lima kad kuning itu, tetapi itu berlaku. Saya pasti gembira dengan hasilnya.

"[Gol kedua] jauh begitu penting kerana ia membantu kami sebagai persiapan menghadapi kunjungan pasukan lawan minggu depan."