Berani Covid cabar saya -- Ibrahimovic

Ammar Hakim
September 24, 2020 23:29 MYT
Zlatan Ibrahimovic membuktikan kelucuannya tidak terjejas selepas disahkan positif ujian coronavirus.
Milan mengesahkan semalam penyerang veteran itu positif dalam ujian calitan coronavirus menjelang aksi kelayakan ketiga Liga Europa (UEL) berdepan Bodo/Glimt di San Siro.
The Rossoneri segera memberitahu pihak berkuasa yang berkenaan dan Ibrahimovic kini dikuarantin di rumah.
Dan legenda Sweden itu memberikan mesej berunsur lucu bagi menjelaskan perkhabarannya, sambil memberi amaran mesra kepada virus tersebut.
"Saya telah diuji negatif Covid-19 semalam dan hari ini positif. Tiada langsung tanda-tanda," katanya menerusi Twitter.
"Covid ini berani mencabar saya. Idea yang salah."

I tested negative to Covid yesterday and positive today. No symptoms what so ever. Covid had the courage to challenge me. Bad idea

— Zlatan Ibrahimović (@Ibra_official) September 24, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ibrahimovic kembali Milan Januari lalu, menjaringkan 10 gol dalam 18 penampilan saingan Serie A ketika skuad kendalian Stefano Pioli menamatkan saingan di tempat keenam.
Isnin lalu, Ibrahimovic meledak dua gol ketika membantu Milan dalam aksi sulung musim baru mengatasi Bologna 2-0.