Karim Benzema mendedahkan dia telah meminta Kylian Mbappe untuk melengkapkan penalti Perancis ketika bertemu Belgium dalam aksi separuh akhir Liga Negara-Negara bagi memastikan rakan sepasukannya itu dapat memadam kekecewaan ketika saingan Euro 2020.

Mbappe gagal menyempurnakan penalti ketika tewas kepada Switzerland dalam aksi pusingan 16 Euro 2020 sekaligus tersingkir mengejut apabila dilihat sebagai pilihan untuk bergelar juara.

Penyerang Paris Saint-Germain itu tidak melakukan kesilapan ketika berdepan Belgium, merembat masuk bola bagi memastikan kedudukan kembali terikat sebelum jaringan kemenangan Theo Hernandez sebelum membuat penghitungan dengan Sepanyol dalam aksi final esok.

Benzema memulakan kebangkitan Perancis yang ketinggalan 2-0 dan penyerang Real Madrid itu lebih daripada gembira membenarkan Mbappe mengambil sepakan penalti di Stadium Allianz.

"Kami ditugaskan mengambil sepakan penalti," katanya. "Saya mahu dia mengambilnya dan saya benar-benar mahu dia menjaringkan gol.

"Selepas apa yag berlaku dalam Euro, ia harus dipadam. Di atas padang, saya sentiasa mahu membuat rakan sepasukan saya beraksi dengan baik setiap kali saya beraksi."