Karim Benzema menjaringkan gol yang ke-300 bersama Real Madrid dan dua gol daripada Vinicius Junior menyaksikan skuad kendalian Carlo Ancelotti menewaskan Valencia 4-1 bagi membukan kelebihan lapan mata di puncak LaLiga.

Los Blancos mengalami kekalahan mengejut 1-0 kepada Getafe hujung minggu lalu, namun kekalahan kedua berturut-turut tidak akan berlaku apabila selepas Benzema melengkapkan jaringan menerusi penalti sebelum tamat separuh masa pertama.

Vinicius menjaringkan dua gol dalam separuh masa kedua sebelum Benzema melengkapkan kemenangan ke atas skuad kendalian Jose Bordalas di sebalik jaringan saguhati Goncalo Guedes.

Kemenangan itu meningkatkan kelebihan Real ke atas pasukan di tempat kedua, Sevilla, walaupun pasukan Julen Lopetegui mempunyai dua perlawanan dalam tangan, manakala Valencia kekal di tempat kesembilan.