Everton telah melantik Rafael Benitez sebagai pengurus baru mereka, dengan bekas pengendali Liverpool itu menggantikan Carlo Ancelotti.

The Toffees telah mencari pengurus baru sejak Ancelotti mengambil keputusan untuk kembali ke Real Madrid bulan lalu.

Nuno Espirito Santo dilaporkan hampir dilantik pada awal bulan ini, namun pengendali kelahiran Portugal itu mengambil keputusan untuk menyertai Tottenham Hotspurs.

Benitez telah menandatangani kontrak tiga tahun dengan Everton, yang menduduki tempat ke-12 dan ke-10 dalam dua musim mereka di bawah Ancelotti.

Pelantikan itu tidak berlaku tanpa kontroversi, dengan sebahagian penyokong Everton menunjukkan rasa tidak senang mereka dengan meninggalkan mesej tunjuk perasaan di Goodison Park, sementara polis Merseyside sedang menyiasat 'spanduk mengancam' yang ditinggalkan dekat dengan rumah keluarga Benitez.

Benitez memimpin Liverpool memenangi Liga Juara-Juara (UCL), Piala FA, Piala Super ketika bersama kelab itu.

Meninggalkan Anfield pada 2010, namun dia telah meraih pengalaman mengendalikan Inter, Real, Chelsea, Napoli dan Newcastle United, dia tetap menjadi kegemaran penyokong Liverpool.



Dia menjadi pengendali kelima Everton dalam tempoh lima tahun, dengan Ronald Koeman, Sam Allardyce, Marco Silva dan Ancelotti semuanya memegang peranan itu sejak Roberto Martinez -- pengendali Belgium yang juga menjadi sasaran dilaporkan kali ini -- melepaskan tugasnya pada tahun 2016.

Everton memulakan kempen Liga Perdana 2021-22 bertemu Southampton, dengan pertemuan pertama Benitez dengan Liverpool di Goodison Park pada bulan November.