Benfica: Tiada apa yang mustahil dalam kalah mati UCL

Shaiful Shamsudin
Mac 7, 2023 00:53 MYT
Benfica mungkin tidak dilabel sebagai jaguh di pentas Eropah tetapi tanggapan sebegitu sama sekali tidak akan menghalang Roger Schmidt daripada mengimpikan kejayaan Liga Juara-Juara (UCL).
Pengurus Benfica itu mengisytiharkan tiada yang mustahil apabila soalan diajukan mengenai harapan wakil Liga Primeira berkenaan dalam saingan antara kelab terbaik UEFA musim ini.
Anak buah Schmidt itu akan melayani Club Brugge dalam perlawanan kedua pusingan 16 UCL awal pagi esok berbekalkan kelebihan 2-0 hasil daripada pertemuan pertama di Belgium.
Keutamaan pertama Benfica ialah mara ke suku akhir untuk kempen kedua berturut-turut selepas kali terakhir melakukannya di antara 1967 dan 1969.

Getting ready for #SLBBRU ?#UCL pic.twitter.com/V5p12SzO7F

— SL Benfica (@slbenfica_en) March 6, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya fikir semua pasukan yang berada di peringkat kalah mati mampu memenangi UCL tetapi kebarangkalian tidak sama," katanya dalam sidang akhbar pra-perlawanan malam tadi.
"Bagi pasukan yang mempunyai bajet paling rendah, peluangnya sentiasa tipis.
"Bagi pasukan gergasi, akan ada peluang lebih besar. Tetapi pasti wujud sebarang kemungkinan."
#Benfica #UCL