BENFICA 10 NACIONAL 0

Benfica memecahkan rekod kemenangan terbesar Liga Primeira Portugal yang berusia 55 tahun selepas membelasah Nacional 10-0 di Estadio da Luz, Lisbon, awal pagi tadi.


Skuad kendalian Bruno Lage itu turun ke gelanggang dengan rekod lima kemenangan berturut-turut dalam saingan liga dan membuka jaringan seawal minit pertama menerusi Alejandro Grimaldo.

Haris Seferovic menghasilkan jaringan berganda untuk meletakkan pelawat mendahului 3-0 menjelang waktu rehat separuh masa sebelum Joao Felix meledak gol keempat dan Pizzi menjaringkan gol penalti untuk Benfica berkelebihan 5-0.

Jaringan daripada Ferro dan Ruben Diaz menjadikan kedudukan 7-0 pada minit ke-64 dan tindakan tepat Lage memasukkan Jonas menyaksikan pemain itu menjaringkan gol kelapan buat skuad Aguias itu.

Rafa Silva turut mencatat nama selaku penjaring sebelum Jonas melengkapkan keputusan perlawanan untuk Benfica menyamai rekod yang dilakukan mereka ketika membelasah Seixal dengan margin kemenangan yang sama pada 1964.