Kai Havertz harus menolak desakan untuk meninggalkan Bayer Leverkusen ke Bayern Munich sekurang-kurangnya buat masa ini, menurut legenda Jerman, Michael Ballack.

Havertz telah lama dianggap sebagai tonggak bola sepak masa depan Jerman, setelah memecah masuk kesebelasan utama Leverkusen ketika berusia 17 tahun, memecahkan banyak rekod dalam proses tersebut.

Pemain tengah itu nampaknya kini telah mula dikenal pasti sebagai sasaran yang dilaporkan untuk beberapa kelab terbesar di dunia, termasuk Bayern.

Leverkusen dikatakan akan akan melepaskan pemain tersebut sekurang-kurangnya dengan yuran perpindahan bernilai EURO100 juta, ketika kontrak yang masih berbaki dua tahun lagi, tetapi Ballack -- yang meninggalkan Die Werkself ke Bayern pada tahun 2002 -- memberi peringatan untuk Havertz.

"Pemain dengan kualitinya diminati oleh mana-mana pasukan, tetapi saya rasa dia perlu terus kekal di Leverkusen," kata bekas pemain tengah itu kepada SportBild."Kekal bersama pasukan semasa adalah perkara terbaik untuk perkembangannya, Leverkusen mempamerkan permainan yang menarik, peluang latihan sangat bagus. Leverkusen juga menawarkan persekitaran yang berhati-hati.

"Sebagai pemain [di Leverkusen] anda kadang-kadang boleh melakukan kesalahan tanpa menjadi tumpuan kritikan -- anda harus menghargainya.

"Sudah tentu, pemain seperti Havertz juga ingin bermain di Liga Juara-Juara (UCL), jadi penting bagi Leverkusen untuk layak."

Ballack tidak meragui kemampuan Havertz. Sebaliknya, dia menganggap pemain berusia 20 tahun itu memiliki sedikit kekurangan dalam permainannya.

Tetapi beliau merasakan pemain itu mesti bersedia untuk melangkah maju ke hadapan, kerana Bayern adalah tempat yang lebih menuntut dan mencabar untuk bermain.

"Sebagai pemain bola, dia akan membawa segala-galanya," katanya. "Jika kita berbicara tentang Bayern, jika kamu ingin mengambil langkah selanjutnya sebagai pemain, kamu juga harus siap menghadapi tentangan seperti itu agar dapat bertahan dalam lingkungan yang begitu kuat.

"Perkara paling untuk adalah dia harus bersedia dan memilihat saat yang tepat untuk mengambil langkah selanjutnya."

Sebelum penangguhan Bundesliga kerana wabak coronavirus, Havertz menjaringkan enam gol dan melakukan lima bantuan gol, dengan Leverkusen berada di kedudukan kelima.