BELGIUM 3 MESIR 0

Belgium mencipta kemenangan selesa 3-0 ke atas Mesir dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium King Baudouin, awal pagi tadi.


Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku, sekali lagi tampil sebagai penyerang utama Belgium selepas pulih daripada kecederaan buku lali untuk membuka jaringan di Brussels pada minit ke-28.

Eden Hazard dan Kevin De Bruyne merupakan ancaman utama buat skuad kendalian Hector Cuper itu sebelum mengambil peluang di atas kesilapan yang dilakukan oleh barisan pertahanan -- Hazard menampan masuk hantaran silang Yannick Carasco untuk menggandakan kelebihan Belgium.

Roberto Martinez melakukan beberapa pertukaran untuk aksi separuh masa kedua dengan merehatkan beberapa pemain utama dan berjaya mendominasi Mesir yang turun beraksi tanpa kelibat bintang utama mereka, Mohamed Salah.

Pemain tengah, Marouane Fellaini, melengkapkan kemenangan Belgium dalam masa kecederaan.

Selepas ini, Belgium akan berdepan Costa Rica pada Isnin ini sebagai aksi persahabatan terakhir sebelum mengharungi kempen Piala Dunia manakala Uruguay menjadi lawan seterusnya buat Mesir dalam aksi Kumpulan A.