Bekas pemain Liverpool dedah ketagih bahan terlarang

Ammar Hakim
April 10, 2024 08:53 MYT
Bekas pemain tengah England dan Liverpool, Danny Murphy, mendedahkan dia menjadi ketagih dengan bahan terlarang kokain selepas karier bermainnya berakhir pada 2013.
Selain Liverpool, Murphy juga bermain untuk Crewe, Charlton, Tottenham, Fulham dan Blackburn sepanjang kariernya yang menjangkau dua dekad.
Sejak bersara daripada bola sepak, dia telah bekerja sebagai pengulas untuk pelbagai saluran berita termasuk BBC.
"Apabila anda tidak mempunyai bola sepak, masalah menjadi besar," kata Murphy menerusi Ben Health Podcast.
“Apabila anda bermain bola sepak, adrenalin dan dopamin, semua perkara ini membuatkan anda berfikiran ke hadapan dan bertenaga.
"Saya mengalami ketagihan kokain dan menghisap ganja. Minuman keras pula, saya boleh hidup tanpanya. Saya bukan seorang penggemar alkohol. Saya boleh duduk di dalam rumah dengan minum beralkohol dan tidak meminumnya."
Apabila ditanya sama ada dia ketagih kokain, lelaki berusia 47 tahun itu berkata: "Untuk seketika, ya. Saya sampai ke tahap di mana saya fikir saya tidak boleh melakukan sesuatu tanpanya.
"Anda dapat mengawalnya pada mula, mengambilnya seminggu sekali, dua kali seminggu, Akhirnya ia mula mengawal anda."
Murphy berkata dia telah menjalani terapi dan sokongan untuk merawat dirinya daripada ketagihan.
Bekas bemain tengah itu membuat lebih daripada 400 penampilan Liga Perdana Inggeris, dan selepas menyertai Liverpool dari Crewe pada tahun 1997 adalah sebahagian daripada pasukan yang memenangi treble Piala Uefa, Piala FA dan Piala Liga pada tahun 2001.

Former England midfielder Danny Murphy says he became addicted to cocaine after his playing career ended. Read more ⬇️#BBCFootball

— BBC Sport (@BBCSport) April 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#England #Liverpool #Danny Murphy