Beckham: Ancelotti antara yang terbaik

Penulis Jemputan
September 30, 2017 00:23 MYT
David Beckham menyifatkan Carlo Ancelotti selaku antara pengendali terbaik dan menegaskan jurulatih veteran itu akan bangkit semula selepas dipecat oleh Bayern Munich.
Ancelotti terpaksa meninggalkan Allianz Arena kelmarin selepas Bayern tewas 3-0 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).
Beckham, yang membina hubungan akrab bersama pengendali berusia 58 tahun itu setelah bekerjasama di PSG dan AC Milan, tidak merangui Ancelotti akan bangkit pada masa akan datang.

'I love Carlo!' - Beckham backs 'the best' Ancelotti to be okay pic.twitter.com/L4ip4TU3jM

— Goal UK (@GoalUK) September 29, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya amat menggemari Ancelotti -- beliau adalah yang terbaik bagi saya," kata Beckham.
"Beliau merupakan antara pengendali yang menakjubkan, salah seorang daripada pengurus yang berjaya dalam bola sepak."