Bebas koronavirus, Fellaini berterima kasih kepada pasukan perubatan

Ammar Hakim
April 15, 2020 03:03 MYT
Marouane Fellaini berterima kasih kepada pasukan perubatan di Hospital China selepas pulih daripada koronavirus.
Ia telah diumumkan oleh bekas pemain tengah Manchester United, kini bermain untuk kelab Liga Super China (CSL), Shandong Luneng, positif COVID-19 22 Mac lalu.
Fellaini sejak itu telah menjalani rawatan di hospital, di mana dia memberikan perkembangan menerusi media sosialnya.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Shandong yang menjelaskan, "Fellaini telah dirawat dan kini telah pulih sepenuhnya."
Pemain kebangsaan Belgium itu turut berkata menerusi Instagram, "Masa sudah tiba buat saya mengucapkan terima kasih kepada staf perubatan di hospital, staf jururawat serta pengawai perubatan kelab yang memberikan rawatan kepada saya."
Fellaini berhijrah ke China Februari 2019 selepas lima tahun setengah di Old Trafford.
Terdapat 82,249 kes koronavirus di China, dengan 3,341 disahkan meninggal dunia.
#Covid-19 #Maroune Fellaini