Bayern waspada reputasi pembunuh gergasi Lyon

Shaiful Shamsudin
Ogos 19, 2020 02:14 MYT
Hansi Flick memberi amaran kepada barisan Bayern Munich agar tidak terbawa-bawa dengan kejayaan membelasah Barcelona 8-2 apabila berdepan pasukan "luar biasa", Lyon,dalam separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL).
Kejayaan Bayern itu memalitkan luka yang dalam buat gergasi Sepanyol itu sekali gus menggegar kem di Camp Nou.
Ia adalah persembahan yang meletakkan Bayern sebagai pilihan utama untuk menjulang trofi itu, tetapi Lyon juga menonjolkan kelas tersendiri ketika menyingkirkan Manchester City.
Flick bertekad untuk meneruskan kegembiraan skuadnya apabila menyedari sepenuhnya bahawa Lyon yang memusnahkan harapan City dan Juventus dalam dua minggu terakhir ini, jadi sudah pasti mereka tidak akan berasa gentar dengan Bayern.
Justeru, dia percaya Bayern perlu berhempas pulas seperti menentang Barcelona dalam usaha merebut tiket final, awal pagi Isnin depan.
"Kami menyedari kualiti yang dimiliki Lyon," kata Flick dalam sidang akhbar.
"Mereka bertahan dengan baik, mereka sangat kompak dengan menempatkan ramai pemain ketika bertahan.
"Mereka banyak berlari tetapi mereka juga mempunyai kualiti tinggi dalam serangan. Oleh itu, amat penting buat kami untuk melakukan perkara yang betul di atas padang.
"Kami mahu mara ke final, itulah objektif kami dan itulah sebabnya kami harus menyingkirkan Lyon sambil menyedari ia bukan satu perlawanan yang mudah.
"Mereka menyingkirkan Manchester City dan Juventus -- dua pasukan yang dianggap pasukan pilihan sebelum kejohanan ini bermula.
"Rudi Garcia dan pasukannya sangat bagus daripada segi taktikal, baik bertahan mahupun serangan. Mereka luar biasa dan kami harus bersedia.
"Saya boleh katakan bahawa kami sudah ada penyelesaiannya dan kami harap dapat melaksanakannya esok."

?️ #Flick: "I'm very impressed with the team. We have a strong team spirit and the quality in training is very high. That gives you confidence in the team. I'm relaxed because I know that the team are extremely focused and have big ambitions." #MissionLis6on #OLFCB #packmas pic.twitter.com/JKVq6Jnlpu

— FC Bayern English (@FCBayernEN) August 18, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Flick menaruh harapan untuk melihat pasukannya dapat mengulangi prestasi serupa di Estadio Jose Alvalade di mana mereka menjinakkan Barcelona.
"Mereka mempunyai objektif hebat tetapi kami semua tahu ia hanya melibatkan satu perlawanan dan kami akan bermula dengan 0-0," kata Flick.
"Kami perlu menerapkan keamatan yang sama ketika berdepan Barcelona. Kami memerlukan semangat yang sama dan mesti mengekalkan keamatan yang tinggi.
"Saya yakin dengan kemampuan anak buah saya."
Dia, bagaimanapun, menolak kemungkinan Benjamin Pavard akan kembali memperkuatkan barisan permulaannya.
Pavard, pemenang Piala Dunia bersama Perancis dua tahun lalu, kembali menjalani latihan selepas mengalami kecederaan kaki tetapi pertahanan itu mungkin boleh memainkan peranan di bangku simpanan ketika menentang rakan senegaranya tersebut.
#Bayern Munich #UCL #Lyon #Hansi Flick