Presiden Bayern Munich, Uli Hoeness, berkata kelab itu akan memberikan tumpuan untuk membentuk pemain-pemain muda berbanding berbelanja besar untuk mendapatkan pemain pada musim akan datang.

Pendahulu Bundesliga itu memiliki sumber kewangan yang besar untuk mendominasi saingan domestik selepas berbelanja besar untuk mendapatkan pemain-pemain sejak beberapa musim yang lalu.

Mats Hummels dan Renato Sanches adalah dua pemain yang dibawa masuk buat musim 2016-17 dan dilaporkan mencecah EURO80 juta (RM379 juta).

Bagaimanapun, The Bavarians akan memerlukan pengganti pemain veteran seperti Philipp Lahm dan Xabi Alonso yang bakal bersara penghujung musim ini, Hoeness memberitahu penyokong untuk tidak menjangkakan kelab untuk berbelanja besar musim panas nanti.

"Ini bakal menjadi satu fasa baru buat FC Bayern, kami akan mengurangkan perbelanjaan dengan memperkembangkan pemain-pemain dari akademi," katanya.

"Kami telah mendapatkan pemain pertahanan, Niklas Sule dari Hoffenheim, dia adalah pemain muda yang berbakat."

Bayern menewaskan Eintracht Frankfurt 3-0 pada Sabtu untuk mendahului takhta liga dengan kelebihan 10 mata.