Bayern tanpa khidmat Boateng sehingga Februari 2017

Jon Fisher
Disember 20, 2016 18:00 MYT

Pertahanan Bayern Munich, Jerome Boateng, bakal terlepas aksi selama enam minggu selepas menjalani pembedahan otot dada.

Pemain kebangsaan Jerman itu telah direhatkan sejak tewas 3-2 kepada Rostov dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) pada 23 November.
Pembedahan itu dianggap sebagai berjaya dan Bayern mencadangkan pertahanan itu diketepikan sehingga awal Februari.
"Prof. Dr. Andreas Imhoff melakukan pembedahan di bahagian otot dada kanan Jerome Boateng pada Selasa di Munich," jelas kenyataan yang dikeluarkan Bayern.
"Ia merupakan pembedahan yang berjaya, Boateng memerlukan sekurang-kurangnya enam minggu untuk pulih sepenuhnya."

Mission #ComebackStronger hat begonnen ✅?? Danke für eure Genesungswünsche ✌?️#AlwaysPositive ?? #JB17 pic.twitter.com/kWlxCyBZXJ

— Jerome Boateng (@JB17Official) December 20, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.