BAYERN MUNICH 2 AEK ATHENS 0

Ketua jurulatih Real Madrid, Niko Kovac, tidak percaya pasukannya yang memaparkan penguasaan ke atas AEK Athens hanya memperoleh keputusan hambar dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.


Juara Bundesliga itu meraih kemenangan 2-0 menerusi dua jaringan Robert Lewandowski.

Penyerang kelahiran Poland itu menyudahkan jaringan penalti dalam separuh masa pertama sebelum melakukan gol voli menarik pada baki 19 minit perlawanan.

Keputusan seri Benfica dan Ajax menyaksikan Bayern kini mengemudi carta Kumpulan E dengan kelebihan dua mata.

Benfica dan Bayern akan membuat perhitungan yang akan melayakkan mereka ke pusingan 16, tiga minggu lagi.

Bayern kelihatan jauh daripada prestasi terbaik mereka dalam aksi yang berlangsung di Allianz Arena itu, namun Kovac menyatakan bahawa pasukannya itu sepatutnya menang dengan keputusan lebih baik.

"Kami gembira dengan kemenangan ini," katanya dalam sidang media.

"Kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol, namun itu sudah cukup untuk kami mendapatkan tiga mata.

"Kami gembira mengumpul 10 mata yang meletakkan kami dalam kedudukan yang baik.

"Kami terkejut dengan formasi yang ditunjukkan lawan, namun selepas 30 minit, kami berjaya mengatasinya.

"Pertama, kemenangan ini baik untuk keyakinan kami. Kedua, kami menghasilkan banyak perluang.

"Saya gembira dengan prestasi Lewandowski. Dia sememangnya tonggak utama kami.

"Dia menjaringkan dua gol daripada empat peluang, satu nisbah yang baik," tambahnya.

AEK Athens kekal di tangga tercorot kumpulan dengan tewas kesemua empat perlawanan.

Kakalahan itu melebarkan rekod tanpa kemenangan mereka kepada 24 perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

Pengendali pasukan, Marinos Ouzounidis, tidak berasakan keputusan itu sebagai satu kegagalan.

"Pasukan kami bermain dengan baik seperti yang saya harapkan.

"Kami memberikan tekanan di bahagian sayap supaya kami mendapat lebih ruang untuk menyerang.

"Kami tidak bermain secara bertahan. Kami mahukan penguasaan dengan meletakkan empat pemain tengah.

"Kami mungkin dapat melakukannya dengan lebih baik, namun ia kali pertama kami bermain seperti itu dan saya sangat gembira," katanya.