Bayern sedia pertaruh Zirkzee ekoran kecederaan Lewandowski

Shaiful Shamsudin
Februari 29, 2020 02:23 MYT
Hansi Flick berkata Bayern Munich harus "lebih bersatu padu" bagi menampung kehilangan penyerang berbisa, Robert Lewandowski, sementara Joshua Zirkzee pula mungkin berpeluang untuk memperagakan sentuhannya.
Lewandowski mendekati kariernya selama enam tahun di Bayern tetapi pemain berusia 31 tahun itu terpaksa diketepikan selama empat minggu berikutan kecederaan lutut ketika menentang Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) kelmarin.
Bayern meraih bekalan selesa 3-0 di pentas Eropah itu tetapi bergelut untuk mengekalkan gelaran Bundesliga dan kehilangan penggempur yang telah menyumbat 39 gol musim ini itu bakal menjadi satu tugas yang berat.
Pengurus sementara, Flick, tidak menyembunyikan kepentingannya anak buahnya itu ketika bercakap dengan media sebelum perlawanan menentang Hoffenheim, hari ini, bahkan turut membincangkan status Kingsley Coman yang meninggalkan padang dalam keadaan terhincut-hincut di Chelsea.

?️ #Flick ahead of #TSGFCB: "We are without two important players. With #Coman, we hope it won't be longer than five days. It's different for @lewy_official. It's key that we pull closer together as a team."#FCBayern pic.twitter.com/HTcEiLyaYD

— FC Bayern English (@FCBayernEN) February 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami berharap Kingsley hanya tersisih selama lima hari tetapi situasi Robert adalah berbeza," kata pengurus itu dalam sidang akhbar.
"Sudah tentu, Robert telah membuktikan kualitinya, bukan sekadar di depan gawang. Dalam beberapa perlawanan yang lalu dia juga menunjukkan bahawa dia adalah pemain yang cukup sesuai buat pasukannya.
"Dia adalah sumber inspirasi ketika bertahan, oleh itu dia sangat penting kepada kami.
"Adalah penting untuk kami lebih bersatu padu sebagai sebuah pasukan dan kami perlu menampung ketiadaannya."
Flick tidak mahu mengesahkan percaturan di Hoffenheim -- walaupun Philippe Coutinho akan diturunkan -- tetapi Serge Gnabry, Thomas Muller dan pemain berusia 18 tahun, Zirkzee, kesemuanya dalam pertimbangannya untuk memainkan peranan penting.
#Robert Lewandowski #Bundesliga #Bayern Munich #Hansi Flick #Joshua Zirkzee