Bayer Munich mengumumkan bahawa mereka telah sah menandatangani Dayot Upamecano daripada RB Leipzig.

Upamecano, 22, telah lama dikaitkan untuk meninggalkan Leipzig selepas berkembang menjadi salah seorang pertahanan tengah paling berpotensi di Eropah.

Ketika Liverpool dan Chelsea kelihatan bakal membeli pemain kebangsaan Perancis itu, Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihamidzic, mengumumkan mengenai pembelian terbaru mereka itu minggu lalu.

Salihamidzic mendedahkan bahawa Bayern telah membayar klausa pelepasan Upamecano bernilai €42.5 juta (RM208.3 juta) dan pertahanan itu bersetuju untuk mengikat kontrak selama lima tahun.

Bayern kemudian mengeluarkan kenyataan rasmi dengan menulis: "Dayot Upamecano (22, RB Leipzig) akan bermain untuk Bayern Munich bermula 1 Julai 2021.

"Pemain pertahanan itu dan juara Jerman berkenaan telah mencapai kesepakatan selama lima tahun sehingga 30 Jun 2026."

Salihamidzic menambah: "Kami gembira kerana dapat memenangi Dayot Upamecano buat FC Bayern. Dayot akan menjadi pemain penting dalam membina pasukan ini untuk tahun-tahun mendatang, kami amat yakin mengenainya.