Ramy Bensebaini dan Breel Embolo menjaringkan dua gol ketika Borussia Monchengladbach menyingkirkan Bayern Munich daripada saingan DFB-Pokal dengan kemenangan 5-0.

Ia merupakan perlawanan yang mahu dilupakan Bayern di Borussia-Park awal pagi tadi selepas pendahulu Bundesliga itu gagal meneruskan saingan, dibolosi tiga kali dalam tempoh 21 minit pertama.

Bensebaini meledak dua gol selepas Kouadio Kone melakar jaringan pertamanya bersama Die Fohlen, dengan Bayern tanpa kehadiran ketua jurulatih, Julian Nagelsmann, yang menonton di rumah selepas diuji positif coronavirus.

Embolo turut pantas melakar dua jaringan dalam separuh masa kedua untuk membantu Gladbach mara ke pusingan ketiga, menyaksikan Bayern tersingkir di peringkat sama selepas tewas kepada Holstein Kiel musim lalu.