Bayern Munich 'menikmati bola sepak' atasi Bochum -- Goretzka

Ammar Hakim
September 19, 2021 05:31 MYT
Pemain tengah Bayern Munich, Leon Goretzka mengatakan pasukannya 'suka bermain bola sepak' setelah mengaibkan Bochum 7-0 dalam saingan Bundesliga semalam.
Juara Jerman itu tampil dengan aksi penuh bergaya, dengan Joshua Kimmich meledak dua gol, sementara empat lagi pemain menemui sasaran dan satu jaringan sendiri Vasilios Lampropoulos.
Bayern mendahului 4-0 dalam separuh masa pertama menerusi jaringan Leroy Sane, Kimmich dan Serge Gnabry sebelum jaringan sendiri Lampropoulos.
Robert Lewandowski menjadikan kedudukan 5-0 selepas perlawanan melewati 60 minit, sebelum Kimmich dan Eric Maxim Choupo-Moting melengkapkan kemenangan penuh bergaya.
"Kami betul-betul menikmati bola sepak," kata Goretzka.
"Kami mahu terus memperbaiki lagi, daripada perlawan ke perlawanan, dan menyerap falsafah yang diterapkan jurulatih.
"Perlawanan yang cukup menyeronokkan bagi kami tetapi tidak buat Bochum.
"Kami tidak memberikan ruang kepada mereka. 10 minit pertama cukup padat dan penuh dengan intensiti.
"Kami juga turut menampilkan permainan bertahan yang ampuh, kami mendominasi keseluruhan perlawanan."

Seven goals for a successful Saturday ? @FCBayern pic.twitter.com/5pkzAkyXGu

— Leroy Sané (@leroy_sane) September 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Bayern Munich