Presiden Bayern Munich, Herbert Hainer, menjelaskan bahawa kelab itu tidak akan bermati-matian mempertahankan Leon Goretzka dan Joshua Kimmich.

Kontrak Goretzka hanya berbaki 11 bulan lagi sementara Kimmich mempunyai dua tahun lagi di Allianz Arena.

Bayern berhasrat untuk memperbaharui kontrak duo itu dengan tawaran jangka panjang, tetapi Hainer berkeras bahawa kelabnya tidak akan tunduk kepada tuntutan gaji berlebihan sambil berusaha untuk mengekalkan kestabilan kewangan pasca COVID-19.

"(Nasib) mereka pasti tidak akan diperjuangkan," kata Hainer kepada Kicker.

"Pemain sedar apa yang mereka menikmati di Bayern, mereka juga dibayar dengan baik di sini, semua orang menerima gaji mereka.

"Dan sekarang mereka memenangi gelaran bersama kami, begitu juga pada masa depan."

Kimmich menyertai Bayern pada 2015 dan telah memenangi 16 gelaran di samping gergasi Bavaria itu -- 10 daripadanya bersama rakan di bahagian tengah, Goretzka.





Sejak kehadiran Kimmich, hanya David Alaba (176), Thomas Muller (187) dan Robert Lewandowski (189) yang terlibat dalam lebih banyak permainan Bundesliga daripada pemain tengah (174) tersebut.

Dalam masa sama, 10,620 hantaran pemain berusia 26 tahun itu adalah lebih banyak daripada rakan sepasukan di kelabmya, manakala dia juga menduduki tempat pertama daripada segi pemulihan bola (961).

Goretzka, yang menandatangani kontrak tiga tahun selepas Kimmich, menyumbangkan lima gol dan lima bantuan jaringan dalam liga musim lalu, dan secara tidak langsung mencetuskan spekulasi perpindahannya ke Manchester United.