Bayern Munich dapatkan Choupo-Moting secara percuma

Muzaffar Musa
Oktober 6, 2020 03:23 MYT
Bayern Munich menambah pilihan di jentera serangannya apabila membawa masuk Eric Maxim Choupo-Moting secara percuma.
Choupo-Moting menghabiskan dua musim lalu bersama Paris Saint-Germain (PSG) dan masuk sebagai pemain simpanan ketika juara Ligue 1 itu tewas kepada Bayern dalam final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Ogos lalu.
Pemain berusia 31 tahun itu melakukan 51 penampilan dan menjaringkan sembilan gol dalam kesemua kejohanan buat PSG dalam selepas berpindah daripada Stoke City.
Choupo-Moting, yang pernah bermain dalam Bundesliga bersama Hamburg, Nurnberg, Mainz dan Schalke, menandatangani kontrak setahun bersama skuad kendalian Hansi Flick itu.

#ServusChoupo ? Eric Maxim Choupo-Moting joins #FCBayern ✍️?⚪ #MiaSanMia pic.twitter.com/oV5mi1k3j4

— FC Bayern English (@FCBayernEN) October 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia perasaan yang amat hebat untuk kembali ke Bundesliga dan menyertai kelab terbesar di Jerman," katanya dalam laman web rasmi pasukan itu.
"Siapa sahaja yang tidak mahu bermain untuk Bayern? Ia satu penghormatan untuk mewakili kelab ini.
"Di Bayern, sasarannya sentiasa untuk memenangi segala-galanya dan saya bermotivasi tinggi untuk mencapai sasaran itu," katanya.
Choupo-Moting tiba di Allianz Arena sehari selepas pasukan itu turut mendatangkan Marc Roca daripada Espanyol.
#PSG #Bundesliga #Bayern Munich