Benjamin Pavard ditimpa kecederaan ligamen metatarsal dan bakal tersisih "untuk jangka masa yang akan datang," demikian umum Bayern Munich.

Pertahanan itu terpaksa dikeluarkan dalam sesi latihan pasukan semalam dan hampir pasti akan diketepikan bagi pertemuan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) menentang Chelsea, 9 Ogos depan.

Bayern mempunyai bekalan 3-0 menjelang aksi timbal balik itu kelak tetapi ketiadaan Pavard merupakan tamparan hebat buat Hansi Flick yang berharap dapat memenangi kejohanan selepas menamatkan kempen Bundesliga dalam prestasi yang baik.

Laporan di Jerman mengaitkan Pavard dengan masalah jari kaki ketika dia cuba melindungi pintu golnya dalam sesi latihan.

"Bayern perlu mengharungi kempen tanpa Benjamin Pavard," menurut satu kenyataan kelab itu.



"Pertahanan termahal di Jerman itu terpaksa meninggalkan latihan pasukan pada pagi Ahad kerana mengalami kecederaan.

"Pemeriksaan menyeluruh oleh unit perubatan Bayern menunjukkan kecederaan ligamen di metatarsal kirinya."

Ketiadaan pemain Perancis itu memaksa Flick untuk mengubah bentengnya yang membuktikan keampuhan ketika berdepan Bayer Leverkusen dalam perlawanan DFB-Pokal awal bulan ini.

Pengurus itu berpeluang untuk menilai pilihannya -- termasuk Niklas Sule yang kembali cergas -- dalam perlawanan persahabatan dengan Marseille di FC di Bayern Campus, Sabtu ini.